Tarian Lilin
| Nama asli | Tari Lilin |
|---|---|
| Asal usul | Sumatera Barat, Indonesia |
Tarian lilin atau tari lilin adalah sebuah tarian tradisional yang berasal dari Sumatera Barat, Indonesia. Tari Lilin ini biasanya ditampilkan oleh sekelompok penari perempuan mahupun berpasangan yang membawa lilin dan dengan diiringi oleh muzik yang dibawakan oleh sekelompok musisi. Para penari ini akan membawa lilin yang menyala pada piring kecil yang dipegang pada kedua telapak tangan mereka. Penari ini akan menarikan tarian secara berkumpulan dengan memusingkan piring yang mempunyai lilin yang menyala secara berhati-hati agar piring tersebut sentiasa mendatar, dan lilin tidak terpadam.