Tarian Piring
Para penari menginjak pecahan kaca piring dalam suatu acara budaya di Kabupaten Sijunjung, Sumatera Barat. | |
| Nama asli | Tari Piring |
|---|---|
| Asal usul | Sumatera Barat, Indonesia |
Tarian Piring atau Tari Piring (bahasa Minangkabau: Tari Piriang) merupakan sebuah seni tarian kebudayaan orang Minangkabau. Tarian ini secara tradisionalnya berasal dari Solok, bahagian barat pulau Sumatera dirangkum dalam Indonesia moden, namun ia kini didapati luar kawasan tersebut dalam kalangan masyarakat-masyarakat diaspora etnik ini termasuk penduduk Negeri Sembilan di Malaysia.
Tarian ini dilakukan di mana penari memegang (baik menadah atau menggenggam) piring di telapak tangan mereka diiringi lagu yang dimainkan oleh talempong dan saluang; pergerakan sebegini berniat menyerupai perbuatan para petani semasa bercucuk tanam dan menuai dan sebagainya langkah-langkah dalam silek yakni silat diamalkan masyarakat Minangkabau. Kadangkala, piring-piring itu akan dilontar ke udara atau pun dihempas ke tanah dan dipijak oleh penari-penari tersebut tanpa rasa takut, Malah, pemijakan sebegini tidak melukakan penari lalu menambah rasa takjub atau gerun dalam kalangan penonton selain berestetika, magis dan kejutan dalam tarian ini.