Tarian Balai

Balai
Nama asliTarian Balai
Tarian Ulai
Asal usulTerengganu (Malaysia)

Tarian Balai (Bahasa Melayu Terengganu: Tariang Bala/Ula) atau tarian Ulai merupakan sejenis tarian Melayu tradisional yang berasal dari daerah Hulu Terengganu di negeri Terengganu. Tarian ini ditarikan oleh gadis-gadis kampung di wkatu musim menuai dalam bentuk simbolik seperti melakukan pekerjaan sawah. Ia dilakukan untuk meredakan semangat tanaman padi buat tuaian tahun itu dan untuk mencari hasil tuaian yang melimpah untuk musim hadapan.

Penari-penari akan menari mengelilingi balai, iaitu sejenis payung panjang berwarna-warni yang diletakan di bawah gelanggang. Payung ini mungkin merupakan simbol pemujaan semangat padi.