Tarekat Syatariyah

Tarekat Syatariyah ialah salah satu tarekat tasawuf dalam Islam yang berasal dari Asia Selatan. Ia berasal dari Parsi pada kurun ke-15 masihi dan disempurnakan dan digagaskan di India. Semasa di peringkat awal di Iran dan Asia Tengah, tarekat ini dinamakan sebagai Isyqiyah. Tarekat ini turut berkembang di Hijaz dan Nusantara (Indonesia dan Terengganu, Malaysia). Perkataan Syatar (Arab: شتر) diambil dari nama pengasasnya, Syeikh Abdullah Shattar (meninggal dunia: 1406)