Tarbus
Tarbus (pinjaman Arab: طربوش, rumi: ṭarbūš, beakar dari Parsi: سرپوش, rumi: sarpuš, lit. 'topi') atau kopiah setambul ialah suatu sarung kepala berbentuk silinder dan lazim berwarna merah diperbuat daripada baldu serta dihiasi rumbai hitam di atasnya.
Topi ini muncul semasa tamadun Yunani Purba, atau rantau Balkan semasa Empayar Byzantium; namun ia mula masyhur dipakai dalam kalangan ramai semasa zaman Empayar Uthmaniyah berkembang luas kuasa dah pengaruhnya. Pemakaiannya ini diharamkan oleh Presiden Mustafa Kemal Atatürk selepas penubuhan Republik Turki pada tahun 1925.