Tangled: Before Ever After

Tangled: Before Ever After
Juga dikenali sebagai
Tangled: Sebelum Gembira Selamanya
GenreKeluarga, fantasi-komedi, muzikal, pengembaraan
Berdasarkan daripada
Watak oleh
Nathan Greno dan Byron Howard
Dibangunkan oleh
  • Shane Prigmore
  • Chris Sonnenburg
Pengarah
  • Tom Caulfield
  • Stephen Sandoval
Dibintangi oleh
Penggubah
  • Alan Menken
  • Glenn Slater
Negara asalAmerika Syarikat
BahasaInggeris
Penerbitan
Tempoh siaran55 minit
Syarikat penerbitan
Walt Disney Pictures
Walt Disney Television Animation
Mercury Filmworks
Syarikat pengedaran
Disney–ABC Domestic Television
Penyiaran
Saluran asalDisney Channel
Siaran asal10 Mac 2017 (2017-03-10)
Kronologi
Mengikuti
Diikuti olehSiri Tangled

Tangled: Before Ever After ("Tangled: Sebelum Gembira Selamanya") ialah sebuah filem televisyen animasi 2D terus ke video fantasi muzikal Amerika Syarikat 2017 yang dikeluarkan oleh Walt Disney Pictures dan diterbitkan oleh Walt Disney Television Animation, yang pertama kali ditayangkan di Disney Channel sebagai sebuah Disney Channel Original Movie. Filem ini berlatar pada antara filem asli Walt Disney Animation Studios Tangled dengan tayangan singkat Tangled Ever After, dan merupakan perintis kepada Siri Tangled. Filem ini diarah oleh Tom Caulfield dan Stephen Sandoval. Filem ini berpusat di sekitar penyesuaian Rapunzel terhadap kehidupan puteri, dan kepulangan bermisteri bagi rambut keemasan ajaibnya sepanjang 70 kaki.

Tangled: Sebelum Gembira Selamanya pertama kali ditayangkan pada 10 Mac 2017 di Disney Channel. Filem ini menonjolkan dua buah lagu baharu daripada Alan Menken, yang mengarang skor dan lagu untuk filem asli, dan Glenn Slater: "Life After Happily Ever After" dan "Wind in My Hair". "Wind in My Hair" lalu menjadi tema pembuka untuk Siri Tangled. Mandy Moore, Zachary Levi, dan M.C. Gainey mengulangi peranan mereka daripada Tangled sebagai Rapunzel, Eugene Fitzherbert, dan Kapten Pengawal masing-masing. Sebagai Disney Channel Original Movie animasi kelima, filem ini merupakan Disney Channel Original Movie animasi pertama sejak Phineas and Ferb the Movie: Across the 2nd Dimension.