Tangerin
| Tangerin | |
|---|---|
| Pengelasan saintifik | |
| Alam: | |
| (tanpa pangkat): | |
| (tanpa pangkat): | |
| (tanpa pangkat): | |
| Order: | |
| Keluarga: | Rutaceae
|
| Genus: | |
| Spesies: | C. tangerina
|
| Nama binomial | |
| Citrus tangerina Tanaka
| |
Tangerin (Citrus tangerina) adalah sejenis buah limau berwarna oren yang berkait rapat dengan, atau mungkin sejenis, limau mandarin (Citrus reticulata).
Nama buah ini pertama kalinya digunakan merujuk kepada buah-buahan yang datang dari Tanjah (Tanger), Maghribi; di mana ia digambarkan sebagai sejenis mandarin. Melalui sistem pengelasan Tanaka, Citrus tangerina dianggap sebagai satu spesies yang berasingan. Di bawah sistem Swingle, tangerin dianggap sebagai satu jenis daripada kumpulan mandarin (C. reticulata). Walaupun genetiknya dianggap menyerupai mandarin, hal ini masih tidak dikaji dengan begitu teliti. istilah saat ini digunakan untuk sebarang buah mandarin berwarna merah kejinggaan (dan baka seakan mandarin di beberapa negara), tetapi istilah "tangerin" itu sendiri masih belum lagi memperolehi pentakrifan genetik yang tepat.
Tangerin lebih kecil dan kurang bulat berbanding buah oren biasa. Rasanya dianggap kurang masam, serta lebih manis dan kuat berbanding rasa isi oren. Isi tangerin yang masak segah atau sedikit lembut, berat untuk saizdan berkulit bonggol dengan alur yang mendalam, serta berwarna oren. Kulit buahnya sangat nipis, dengan mesokarpa pahit putih yang sangat sedikit yang menjadikannya lebih mudah dikupas dan dibelah menjadi segmen. Semua sifat-sifat ini umumnya dikongsi dengan buah mandarin.
Kemuncak musim tangerin berlangsung dari musim luruh hingga ke musim bunga. Buah ini biasanya dikupas dan dimakan dengan tangan, tetapi ia (dalam bentuk segarnya) juga digunakan dalam salad, pencuci mulut dan hidangan utama. Kulitnya digunakan segar atau dikeringkan sebagai rempah ratus atau bahan perisa untuk kuih-muih dan minuman atau dimakan bersalut dengan coklat. Jus tangerin dalam bentuk segar mahupun pekat beku mudah didapati di Amerika Syarikat. Bilangan benih dalam setiap segmen (karpel) amatlah berbeza.