Koma atas

' 
Koma atas
U+0027 ' APOSTROPHE
U+2019 RIGHT SINGLE QUOTATION MARK
'
Koma atas mesin taip atau petik tunggal neutral Koma atas tanda baca atau petik tunggal kanan tipografi

Koma atas atau tanda penyingkat (' atau ) ialah tanda baca, dan kadangkala tanda diakritik, dalam bahasa yang menggunakan abjad Rumi dan beberapa jenis abjad yang lain. Dalam bahasa Melayu, koma atas digunakan untuk tiga tujuan asas:

  • Tanda yang menghilangkan satu atau lebih huruf, contohnya pemendekan bagi "Malaysia" menjadi "M’sia"
  • Diguna untuk menandakan bunyi hentian glotis, contohnya "Dato’"
  • Diguna sebagai tanda petik tunggal