Tanda masa
Tanda masa (bahasa Inggeris: time signature, meter signature, metre signature, atau measure signature) merupakan suatu aturcara dalam notasi muzik dunia Barat yang memperincikan serta menetapkan berapa banyak rentak yang akan terkandung dalam setiap bar serta mengukur berapa nilai not yang bersamaan dengan satu unit rentak tersebut.