Tambun biasa

Tambun biasa
Pengelasan saintifik


Tambun Biasa atau Burung tambun (bahasa Inggeris: Tabon Scrubfowl), penamaan binominal saintifik: Megapodius cumingii (Dillwyn, 1853) ialah salah satu daripada haiwan yang terdapat di Malaysia.

Burung tunggal atau berpasangan berlari di dalam hutan, belukar, malah paya mencari serangga atas tanah. Apabila diganggu, ia akan berlari atau terbang rendah dari tanah. Bertenggek pada dahan waktu malam. Telur dieram dalam timbunan tumbuhan reput, kering. Sarang dihasilkan selama beberapa tahun, kadang-kala sepasang burung akan menggunakan timbunann yang sama dan saling membantu menghela daun, ranting dan kayu mati baru dengan kaki mereka. Burung betina menggali pada bahagian atas busut dan bertelur. Telur merah jambu kemerahan yang besar akan beransur menjadi merah jambu pucat apabila ia semakin matang. Babi hutan, biawak air, dan manusia sering mencuri telurnya sebagai makanan. Anak burung tambun yang berbulu penuh akhirnya keluar sekitar 70 hari berikutnya, sedia mampu untuk terbang.