Tambo

Tambo (Jawi: تمبو berasal daripada bahasa Sanskrit, tambay yang bermaksud bermula) merupakan sebuah riwayat lama atau sejarah lisan dalam masyarakat Minangkabau. Penulisan tambo buat kali pertamanya ditemui dalam bentuk tulisan Jawi dan selanjutnya dalam tulisan Latin pada awal abad ke-20, yang isinya membandingkannya dengan beberapa bukti sejarah yang berkaitan.

Walaupun mitos, lagenda dan imaginasi bercampur aduk dalam tambo, namun tambo masih dapat membantu peneliti untuk mengenali budaya Minangkabau itu sendiri. Tidak ada sistem tertentu yang digunakan dalam penyampaian kisah tambo ini; kisahnya kadang-kadang disesuaikan mengikut keperluan dan keadaan. Jadi, tambo ini merupakan karya sastera yang menjadi milik bersama, sehingga kisahnya dapat berubah-ubah menurut cita rasa.