Taman Zoologi Berlin

Taman Zoologi Berlin
Zoologischer Garten Berlin
Pagar Gajah:salah satu daripada dua pintu masuk zoo
52°30′30″N 13°20′15″E / 52.50833°N 13.33750°E / 52.50833; 13.33750
Tarikh dibuka1844
LokasiBerlin, Jerman
Keluasan tanah35 hektar (86.5 ekar)
Bil. haiwan18,662 (Disember 2016)
Bil. spesies1,380 (Disember 2016)
Pelawat tahunanLebih daripada 3.3 juta (2015)
KeahlianEAZA, WAZA
PengarahAndreas Knieriem
Tapaksesawangzoo-berlin.de/

Taman Zoologi Berlin (Jerman: Zoologischer Garten Berlin) merupakan zoo tertua dan terkenal di Jerman. Dibuka pada tahun 1844, ia meliputi 35 hektar (86.5 ekar) dan terletak di Großer Tiergarten. Kira-kira 1,380 spesis berbeza dengan lebih 19,400 ekor haiwan berada di dalam zoo ini menjadikan ia koleksi paling komprehensif di dunia.

Zoo dan akuariumnya menerima lebih daripada 3.3 juta penggunjung pada tahun 2015. Ia merupakan zoo paling banyak di Eropah dan salah satu paling popular di dunia. Zoo ini turut bekerjasama dengan banyak universiti, institusi penyelidikan dan zoo seluruh dunia. Ia menguruskan dan mempromosi program-program pembiakan di Eropah, membantu melindungi beberapa spesis terancam, dan menyertai beberapa program pengenalan semula spesis.