Taman Negara Ulu Temburong

Taman Negara Ulu Temburong
Permata Hijau Brunei
IUCN Kategori II (Taman negara)
Perjalanan dengan bot panjang di Sungai Temburong ke Taman Negara Ulu Temburong
Lokasi Taman Negara Ulu Temburong
LokasiTemburong
Bandar raya terdekatBrunei Darussalam
Koordinat4°28′41″N 115°12′28″E / 4.478°N 115.2077°E / 4.478; 115.2077
Luas488.59 kilometer persegi (188.65 bt2)
Ditubuhkan1991
sunting

Taman Negara Ulu Temburong merupakan taman negara pertama yang diasaskan di Brunei dan dilindungi sejak 1991. Taman tersebut terletak di Daerah Temburong di timur Brunei, dan meliputi kira-kira 40% bahagian selatan daerah itu seluas 550 kilometer persegi (210 bt2). Ia terletak di dalam Hutan Simpan Batu Apoi. Hutan daranya dikenali sebagai "Permata Hijau Brunei", diperikan sebagai "contoh polisi perlindungan hutan yang paling berjaya kesultanan". Sungai-sungai utamanya ialah Sungai Temburong dan Sungai Belalong. Ia merupakan pusat ekopelancongan yang penting di Brunei dan menempatkan Resort Ulu Ulu. Hutan Simpan Peradayan juga terletak di daerah ini.