Tamadun Inka
| Tamadun Inca |
|---|
| Masyarakat Inca |
| Pendidikan · Agama · Mitologi |
| Seni bina · Sistem jalan · Tentera |
| Pertanian · Masakan Andes |
| Sejarah |
| Empayar Inca |
| Penaklukan Sepanyol terhadap Empayar Inca |
Tamadun Incaico (atau Inka) bermula seagai sebuah suku di Cuzco, kawasan Peru, di mana Sapa Inka pertama yang berlagenda, Manco Cápac, mengasaskan Kerajaan Cuzco di sekitar 1200. Di bawah pucuk pimpinan keturunan Manco Cápac, negara Inca berkembang untuk memasuki komuniti Banjaran Gunung Andes lain. Pada 1442, dinasti Inca bermula berkembang capai jauh di bawah perintah Pachacuti. Dia mengasaskan Empayar Inca atau Tahuantinsuyo, yang menjadi empayar terbesar di benua Amerika pre-Columbia.
Empayar ini berpecah disebabkan perang saudara memutustan siapa yang akan menjadi Inca Hanan dan siapa yang akan jadi Inca Hurin (Hanan dan Hurin mewakili keluarga-keluarga bahagian-bahagian lebih tinggi bandar (Hanan) dan yang dari bahagian-bahagian lebih rendah (Hurin); ia dipercayai bahawa salah seorang saudaranya adalah dari Hanan Cuzco dan yang satu lagi dari Hurin Cuzco sejak mereka sebahagian dari keluarga ibu-ibu mereka), yang memopeng adik-beradik lelaki Huáscar dan Atahualpa terhadap satu sama lain. Pada 1533, conquistadores Sepanyol dipimpin oleh Francisco Pizarro mengambil kesempatan keadaan ini dan menakluki banyak dari wilayah Inca yang ada. Dalam tahun-tahun yang berikutnya, para penyerang mengukuhkan kuasa ke atas kawasan Banjaran Gunung Andes, menekan penentangan Inca yang berturut-turut dan berkesudahan dengan penubuhan Jawatan wizurai Perú pada tahun 1542. Fasa militan gerakan pembebasan Inca berakhir dengan jatuhnya penentangan di Vilcabamba sewaktu 1573. Walaupun kedaulatan orang asli telah hilang, adat budaya Inca tetap kuat di kalangan keuturunan penduduk asli yang terus hidup, seperti kaum Quechua dan Aymara.