Takur jelaga (burung)

Takur jelaga
di Hutan Panti, Johor, Malaysia
Pengelasan saintifik
Domain: Eukaryota
Alam: Haiwan
Filum: Chordata
Kelas: Aves
Order: Piciformes
Keluarga: Megalaimidae
Genus: Caloramphus
Spesies:
C. hayii
Nama binomial
Caloramphus hayii
(Gray, 1831)

Takur jelaga (Caloramphus hayii) ialah spesies takur dalam keluarga Megalaimidae. Ia ditemui di Malaysia, Myanmar, Thailand, Sumatera, dan dahulunya Singapura di mana ia telah pupus. Habitat semulajadinya ialah hutan tanah pamah lembap subtropika atau tropika.

Spesies tersebut dipisahkan daripada takur dahan (Caloramphus fuliginosus) yang merupakan spesies endemik di Borneo.