Takumi Minamino
|
Minamino bersama Red Bull Salzburg pada tahun 2018 | ||||||||||||||||
| Maklumat peribadi | ||||||||||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| Nama penuh | Takumi Minamino | |||||||||||||||
| Tarikh lahir | 16 Januari 1995 | |||||||||||||||
| Tempat lahir | Izumisano, Osaka, Japan | |||||||||||||||
| Ketinggian | 1.72 m (5 ka 8 in) | |||||||||||||||
| Posisi permainan | Pemain tengah menyerang, Pemain sayap | |||||||||||||||
| Maklumat kelab | ||||||||||||||||
Kelab terkini | AS Monaco FC | |||||||||||||||
| Nombor | 18 | |||||||||||||||
| Kerjaya remaja | ||||||||||||||||
| 2007–2012 | Cerezo Osaka | |||||||||||||||
| Kerjaya Senior* | ||||||||||||||||
| Tahun | Pasukan | Kmcln | (Gol) | |||||||||||||
| 2012–2014 | Cerezo Osaka | 62 | (7) | |||||||||||||
| 2015–2020 | Red Bull Salzburg | 136 | (42) | |||||||||||||
| 2020– | Liverpool | 4 | (0) | |||||||||||||
| Pasukan kebangsaan‡ | ||||||||||||||||
| 2011 | Jepun B17 | 4 | (1) | |||||||||||||
| 2012 | Jepun B20 | 8 | (5) | |||||||||||||
| 2016 | Jepun B23 | 3 | (1) | |||||||||||||
| 2015– | Jepun | 22 | (11) | |||||||||||||
Pengalaman
| ||||||||||||||||
|
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 19:25, 29 Februari 2020 (UTC) ‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 14 November 2019 | ||||||||||||||||
Takumi Minamino (bahasa Jepun: 南 野 拓 実 Hepburn: Minamino Takumi dilahirkan pada 16 Januari 1995) merupakan seorang pemain bola sepak profesional yang bermain sebagai posisi pemain tengah menyerang atau pemain sayap untuk kelab Liga Perdana Inggeris, Liverpool dan pasukan kebangsaan Jepun.
Minamino memulakan kariernya di kelab Liga Jepun, Cerezo Osaka pada tahun 2012 dan pada musim pertamanya beliau dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Pemula Tahunan Liga Jepun. Pada tahun 2014, beliau berpindah ke kelab Austria, Red Bull Salzburg dengan menghabiskan tempoh empat musim yang berjaya. Setelah tampil mengagumkan buat Red Bull Salzburg, beliau menyertai Liverpool pada 1 Januari 2020.
Beliau membuat penampilan pertama antarabangsa untuk skuad senior Jepun pada 2015. Minamino juga membintangi pasukan Jepun mara ke perlawanan akhir Piala Asia AFC 2019.