Takeru Satoh
Takeru Satoh | |
|---|---|
佐藤 健 | |
Satoh pada Festival Filem Antarabangsa Tokyo tahun 2019 | |
| Kelahiran | 21 Mac 1989 Iwatsuki-ku, Saitama, Jepun |
| Pusat pendidikan | Sekolah Menengah Atas Koshigaya Kita (Sains dan Matematik) |
| Pekerjaan | Pelakon |
| Tahun aktif | 2006–semasa kini |
| Ejen | Amuse, Inc.(2006–2021) Co-LaVo (2021–) |
| Terkenal kerana | Rurouni Kenshin (filem aksi langsung) Kamen Rider Den-O |
| Ketinggian | ft 0 in (0 m) |
| Laman web rasmi | satohtakeru |
| Tandatangan | |
Satoh dilahirkan pada tarikh 21 Mac 1989 di pekan Iwatsuki-ku, Saitama. Satoh pernah bekerja hanya sekejap sebagai pelakon kanak-kanak selama tiga tahun, ia muncul dalam iklan dan foto sampul majalah. Selepas dia memasuki darjah yang lebih tinggi di sekolah dasar, Satoh memutuskan bersara sebagai pelakon kanak-kanak sebab sifatnya yang pemalu. Satoh lulus dari Sekolah Menengah Atas Koshigaya Kita, Saitama pada tahun 2007. Pada tahun yang sama, semasa dalam tahap pengambilan gambar bagi Kamen Rider Den-O, dia didiagnosis dengan pneumothorax primer selepas merasakan rasa sakit di dada bahagian kiri, dan keadaannya pulih tidak lama kemudian.