Taekwondo di Sukan Olimpik Musim Panas 2020

Taekwondo
di Sukan Olimpik XXXII
TempatMakuhari Messe, Chiba
Tarikh24–27 Julai 2021
Bil. acara8
Pesaing131

Taekwondo di Sukan Olimpik Musim Panas 2020 telah diadakan pada 24 hingga 27 Julai 2021 di Makuhari Messe, Chiba. Sebanyak lapan acara dipertandingkan iaitu empat acara lelaki dan empat acara wanita melibatkan 131 atlet.

Perlawanan ini pada mulanya dijadualkan berlangsung pada tahun 2020, namun ditangguhkan ke tahun 2021 akibat Pandemik COVID-19.