Tabung Haji
Bangunan Tabung Haji, berdekatan dengan bangunan Permodalan Nasional Berhad. | |
| Jenis/bentuk sah | Awam |
|---|---|
| Industri | Kewangan |
| Ditubuhkan | 30 September 1963 (sebagai Lembaga Urusan dan Tabung Haji) (sehingga 28 Ogos 1997 (sebagai Tabung Haji) |
| Pengasas | Ungku Abdul Aziz |
| Ibu pejabat | Kuala Lumpur, Malaysia |
| Tokoh penting | Tan Sri Rashid Hussain, Pengerusi Encik Mustakim Mohamad, Pengarah Urusan Kumpulan & Ketua Pegawai Eksekutif |
| Keluaran | Pengurusan jemaah Haji |
| Anak syarikat |
|
| Tapak web | www |
| sunting · sunting di Wikidata | |
Tabung Haji (TH) (Jawi:تابوڠ حج) ialah singkatan bagi “Lembaga Tabung Haji” atau LTH. Sebelum ini, TH dikenali sebagai “Lembaga Urusan dan Tabung Haji” atau LUTH di Malaysia yang berperanan untuk menguruskan perjalanan jemaah Haji dari Malaysia pergi ke Makkah pada setiap tahun. Bangunan ibu pejabat TH yang dikenali sebagai Menara TH Tun Razak, berlokasi di Jalan Tun Abdul Razak, Kuala Lumpur, Malaysia. TH merupakan sebuah Institusi Kewangan yang sentiasa memastikan perjalanan operasi Haji berjalan lancar dan efisyen.