TEU

TEU atau unit bersamaan dua puluh kaki (twenty-foot equivalent unit) adalah unit anggaran untuk kapasiti kargo yang sering digunakan untuk mengukur kapasiti kapal kontena dan terminal kontena. Ianya berdasarkan ukuran 20 kaki panjang sebuah kontena, peti besi yang bersaiz piawai yang mudah dibawa oleh kapal kontena, keretapi dan trak. Unit lain yang berkaitan adalah unit bersamaan empat puluh kaki (forty-foot equivalent unit) (FEU atau feu) yang juga ditakrifkan sebagai dua TEU.

Satu TEU adalah kapasiti kargo untuk kontena yang berukuran 20 kaki (6.1 m) panjang dan 8 kaki (2.6 m) lebar. Terdapat ketidakseragaman dalam ketinggian sesuatu kontena, ada yang berukuran antara 4.25 dan 9.5 kaki (1.30 dan 2.90 m) tinggi, tetapi ukuran yang biasa digunakan adalah 8.5 kaki (2.6 m). Sudah menjadi kebiasaan juga untuk merujuk kontena 45 kaki sebagai 2 TEU, bukan 2.25 TEU.