Syngenta

Syngenta AG
Jenis/bentuk sahAnak syarikat
IndustriAgro perniagaan, kimia
Ditubuhkan13 November 2000 (2000-11-13)
Ibu pejabatBasel 
Kawasan perkhidmatanSeluruh dunia
Tokoh pentingJeff Rowe
(CEO)
Hengde Qin
(Pengerusi Lembaga Pengarah)
KeluaranRacun serangga, biji benih, bunga
Hasil AS$28.2 bilion (2021)
Pendapatan kendalian4,600,000,000 Dolar Amerika Syarikat (2021) 
PemilikChemChina, Sinochem Group 
Bilangan kakitangan53,000 (2021)
Pembahagian
  • Syngenta Crop Protection
  • Syngenta Seeds
  • Adama
  • Syngenta Group China
Anak syarikatSyngenta, Adama Agricultural Solutions Ltd., Sinofert Holdings 
Tapak webwww.syngentagroup.com
sunting · sunting di Wikidata

Syngenta AG ialah syarikat perniagaan pertanian dan bioteknologi global yang menghasilkan agrokimia dan biji benih serta menjalankan penyelidikan genom, dengan ibu pejabat utamanya terletak di Basel, Switzerland. Ia ditubuhkan pada 2000 menerusi penggabungan Novartis Agribusiness dan Zeneca Agrochemicals dan diperolehi oleh ChemChina pada 2015. Pada 2020, Syngenta Group telah diwujudkan, dengan menggabungkan Syngenta, Adama dan perniagaan pertanian Sinochem bersama-sama di bawah satu entiti tunggal.

Indeks Kemampanan Dow Jones 2011, menamakan Syngenta sebagai salah satu syarikat kimia berprestasi terbaik di seluruh dunia. Walau bagaimanapun, syarikat itu telah menjadi kontroversi, terutamanya disebabkan perniagaan utamanya - menjual bahan kimia toksik dan kesan alam sekitar bahan kimia tersebut - tetapi juga disebabkan oleh pelaburannya dalam melobi. Pada tahun 2012, syarikat itu telah dicalonkan untuk Anugerah Mata Awam, yang mengecam syarikat yang mempunyai amalan hak asasi manusia yang boleh dipersoalkan.