Syazuwan Hassan
Syazuwan Hassan | |
|---|---|
| Kelahiran | Muhammad Syazuwan bin Hassan 17 April 1990 |
| Nama lain | Syazuwan DFKL |
| Pendidikan | Diploma Komunikasi dan Pengajian Media |
| Pusat pendidikan | Universiti Teknologi MARA (UITM) |
| Pekerjaan | Pelakon, pengacara, pemuzik |
| Tahun aktif | 2014–kini |
| Ketinggian | 1.9 m (6 ka 3 in) |
Paparan amaran: Halaman menggunakan Templat:Infobox person dengan parameter tidak diketahui "residence"
Muhammad Syazuwan Hassan (lahir 17 April 1990) merupakan seorang pelakon, model, pelawak, penari, pengacara dan pemuzik lelaki Malaysia. Syazuwan memulakan kerjaya awal sebagai ahli pemain bes kumpulan rock indie Julie Goes Overseas. Bakat beliau mula dicungkil melalui Drama Festival Kuala Lumpur 2016 (DFKL 2016) dan menjadi finalis. Syazuwan terkenal dengan peranan lakonan di televisyen termasuk Sein Dan Luna (2016), Cik Serba Tahu (2017), Cinta Fatamorgana (2018) dan Dia Menantu Rahsia (2019).