Syarikat rintisan
Syarikat rintisan (juga: perusahaan rintisan, juga dalam bahasa Inggeris: startup company) atau syarikat pemula adalah syarikat yang mempunyai sejarah operasi yang terhad. Secara umum, syarikat ini baru dibuka serta dalam fasa pembangunan dan penyelidikan untuk mencari dan menembusi pasaran melalui penambahbaikan dan pembaharuan konsep sedia ada untuk memenuhi kehendak pasaran yang belum jelas.
Istilah ini menjadi popular di peringkat antarabangsa semasa gelembung dotcom apabila sebilangan besar syarikat-syarikat dotcom diasaskan.