Swiss Family Robinson (filem)
| Swiss Family Robinson | |
|---|---|
Original theatrical poster | |
| Pengarah | Ken Annakin |
| Penulis | Lowell S. Hawley |
| Berdasarkan | The Swiss Family Robinson oleh Johann David Wyss |
| Dihasilkan oleh | Bill Anderson Basil Keys Walt Disney (uncredited) |
| Dibintangi | John Mills Dorothy McGuire James MacArthur Tommy Kirk Janet Munro Kevin Corcoran Sessue Hayakawa Cecil Parker |
| Sinematografi | Harry Waxman |
| Disunting oleh | Peter Boita |
| Muzik oleh | William Alwyn |
Syarikat penerbitan | |
| Diedarkan oleh | Buena Vista Distribution |
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 126 minit |
| Negara | Amerika Syarikat |
| Bahasa | Inggeris |
| Bajet | $4 juta |
| Pecah panggung | $40,000,000 |
Swiss Family Robinson ialah sebuah filem cetera Technicolor buatan Amerika Syarikat pada tahun 1960 yang dibintangi oleh John Mills, Dorothy McGuire, dan Sessue Hayakawa dalam kisah sebuah keluarga yang mendirikan rumah di sebuah pulau setelah kapal mereka karam. Lakon layar oleh Lowell S. Hawley ini diadaptasikan dari novel Der Schweizerische Robinson (1812) oleh Johann David Wyss. Filem arahan Ken Annakin ini dirakam di Tobago. Inilah versi filem cetera kedua bagi cerita ini (versi filem pertama dikeluarkan oleh RKO pada tahun 1940) dan mendapat sambutan hangat.
Swiss Family Robinson merupakan salah satu daripada sebilangan kecil filem layar lebar Disney yang dirakam dengan lensa Panavision. Ketika penggambaran, Disney sentiasa menggunakan layar lebar berpusam atau merakam dalam CinemaScope.