Sweet September
Sweet September | |
|---|---|
| Maklumat latar belakang | |
| Asal | Pulau Pinang, Malaysia |
| Genre |
|
| Tahun aktif | 1974–1986 |
| Syarikat rakaman | EMI |
| Bekas anggota | Antonio Vincent Adrian James Ronnie Ng Ignatius James Dean Yusof |
| sunting · sunting di Wikidata | |
Sweet September merupakan sebuah kumpulan muzik Malaysia berasal dari Pulau Pinang dan ditubuhkan pada 1973. Kumpulan ini merupakan salah satu kumpulan yang popular pada era 80an terutamanya dengan lagu sentimental hits, 'Hatiku Kau Guris Luka'. Lagu ini menampilkan vokal falsetto pemain basis kumpulan ini, iaitu Adrian James. Namun demikian penyanyi utama kumpulan ini yang memiliki suara lunak, Antonio Vincent tidak kurang hebatnya dan mendapat sambutan hangat peminat di Malaysia. Selain dari daripada vokalis Antonio Vincent kumpulan ini juga dianggotai oleh basis Adrian James, gitaris Ronnie Ng, pemain dram Dean Yusof, dan pemain keyboard/vokal Ignatius James. Kumpulan ini terkenal dengan lagu-lagu hits termasuk "Nak Kahwin Duit Tak Ada" (vokal: Antonio), Sehala Tak Setujuan (vokal: Ignatius) dan "Gaji" (vokal: Antonio). Sepanjang tempoh bergiat aktif di dalam industri muzik Malaysia, mereka telah menerbitkan sebanyak 8 album termasuk album kompilasi antara tahun 1982 hingga 1986.