Susuk

Susuk merujuk kepada memasukkan sesuatu bahan asing ke dalam badan bagi mendapatkan sesuatu kelebihan. Pelbagai bahan boleh digunakan, bergantung kepada apakah keinginan pengguna. Antara kebaikan yang kononnya boleh didapati dengan memakai susuk adalah muka sentiasa dipandang manis, tidak berusia, kebal dsb.

Pemakai susuk biasanya mempunyai beberapa pantang larang seperti tidak boleh memakan beberapa bahan tertentu iaitu pisang tanduk, pisang abu, tidak boleh melintas di bawah tali kain, dan lain-lain, bergantung kepada jenis susuk yang dipakainya.

Susuk yang dipakai dikatakan boleh dikesan melalui perubatan moden, contohnya melalui sinar-X. Salah seorang pemakai susuk dikatakan Daisy Fajarina, ibu kepada Manohara Odelia Manz yang dikatakan mengenakan susuk berlian dan emas pada bahagian dagu. Suaminya, George Manz berkata:

.. "Pernah ketika kami bersama, saya membawa Daisy ke doktor gigi yang terkejut apabila dia melihat X-raynya. Dia memiliki jarum emas kecil dan intan terbenam pada dagunya."
.. "Once when we were together, I took Daisy to a dentist who was shocked when he saw her X-ray. She had small gold needles and diamond stones embedded inside her chin."