Susan Rice
Susan Rice | |
|---|---|
| Penasihat Keselamatan Negara Amerika Syarikat ke-24 | |
| Dalam jawatan 1 Julai 2013 – 20 Januari 2017 | |
| Presiden | Barack Obama |
| Timbalan | Avril Haines |
| Didahului oleh | Thomas E. Donilon |
| Digantikan oleh | Michael Flynn |
| Duta Besar Amerika Syarikat untuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ke-27 | |
| Dalam jawatan 26 Januari 2009 – 30 Jun 2013 | |
| Presiden | Barack Obama |
| Timbalan | Brooke Anderson Rosemary DiCarlo |
| Didahului oleh | Zalmay Khalilzad |
| Digantikan oleh | Samantha Power |
| Pembantu Menteri Negara Urusan Afrika ke-12 | |
| Dalam jawatan 14 Oktober 1997 – 20 Januari 2001 | |
| Presiden | Bill Clinton |
| Didahului oleh | George Moose |
| Digantikan oleh | Walter H. Kansteiner III |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | Susan Elizabeth Rice 17 November 1964 Washington, D.C., A.S. |
| Parti politik | Demokrat |
| Pasangan | Ian Cameron (k. 1992) |
| Anak | 2 |
| Saudara | Lois Dickinson (ibu) Emmett J. Rice (bapa) |
| Pendidikan | Universiti Stanford (BA) New College, Oxford (MPhil, DPhil) |
Susan Elizabeth Rice (lahir 17 November 1964) ialah penjawat awam Amerika Syarikat yang memegang jawatan sebagai Penasihat Keselamatan Negara Amerika Syarikat ke-24 pada 2013 hingga 2017. Selain sebagai ahli Brookings Institution, beliau juga pernah berkhidmat sebagai Duta Besar A.S. untuk PBB dari 2009 hingga 2013. Beliau bekerja sebagai staf Majlis Keselamatan Negara dan Pembantu Menteri Negara Urusan Afrika semasa pemerintahan kedua Bill Clinton. Pencalonannya sebagai Duta Besar untuk PBB dipersetujui oleh Senat dengan sebulat suara pada 22 Januari 2009.
Beliau disebut-sebut sebagai pengganti Menteri Luar Negeri Amerika Syarikat Hillary Clinton pada tahun 2012, tetapi mundur kerana kontroversi serangan ke konsulat A.S. di Benghazi pada 2012. Katanya, apabila beliau dicalonkan, "proses wawancaranya akan terjejas." Beliau menggantikan Tom Donilon sebagai Penasihat Keselamatan Negara pada 1 Julai 2013.