Suruhanjaya Keselamatan Awam Kebangsaan

Suruhanjaya Keselamatan Awam Kebangsaan
国家公安委員会
Kokka Kōan Iinkai

Bangunan ke-2 Pejabat Pemerintah Pusat
Intisari agensi
Dibentuk1947 (1947)
Bidang kuasa
 Jepun
Ibu pejabat2-1-2 Kasumigaseki, Chiyoda-ku, Tokyo, Jepun
Eksekutif agensi
  • Hachiro Okonogi, Pengerusi
  • Takashi Oda, Pesuruhjaya
  • Keiko Sakurai, Peseuruhjaya
  • Yusuke Yokohata, Pesuruhjaya
  • Keiji Kimura, Pesuruhjaya
  • Yūko Andō, Pesuruhjaya
Agensi induk
Pejabat Kabinet
Laman sesawang
www.npsc.go.jp (dalam bahasa Jepun)

Suruhanjaya Keselamatan Awam Kebangsaan (国家公安委員会, Kokka Kōan Iinkai) adalah suruhanjaya Pejabat Kabinet Jepun. Ia beribu pejabat di Bangunan ke-2 Pejabat Pemerintah Pusat di 2-1-2 Kasumigaseki di Kasumigaseki, Chiyoda, Tokyo.

Suruhanjaya ini terdiri daripada ketua yang memegang jawatan Menteri Negara dan lima anggota lain yang dilantik oleh Perdana Menteri, dengan persetujuan kedua-dua dewan Diet. Suruhanjaya ini beroperasi secara bebas dari kabinet, tetapi berselaras dengannya melalui Menteri Negara.

Fungsi suruhanjaya adalah untuk menjamin keberkecualian sistem polis dengan melindungi kekuatannya dari tekanan politik dan memastikan pemeliharaan kaedah demokratik dalam pentadbiran polis. Ia mentadbir Agensi Polis Negara, dan mempunyai kuasa untuk melantik atau memecat pegawai kanan polis. Suruhanjayaini juga mempunyai hubungan dengan agensi lain di luar Jepun dalam menyalaras tugas anti-jenayah rentas sempadan.