Suriani Ahmad
Suriani Ahmad | |
|---|---|
| Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia | |
| Menyandang jawatan 5 September 2024 | |
| Perdana Menteri | Anwar Ibrahim (2022-kini) |
| Menteri | Dzulkefly Ahmad |
| Didahului oleh | Zaini Ujang |
| Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia | |
| Dalam jawatan 3 November 2017 – 16 Ogos 2021 | |
| Menteri |
|
| Didahului oleh | Rose Lena Lazemi |
| Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia | |
| Dalam jawatan 1 Julai 2019 – 16 Ogos 2021 | |
| Perdana Menteri |
|
| Menteri |
|
| Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi Malaysia | |
| Dalam jawatan 4 November 2020 – 4 September 2024 | |
| Menteri |
|
| Digantikan oleh | Khairul Dzaimee Daud |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | 25 Julai 1968 Kangar, Perlis, Malaysia |
| Pasangan | Yusni Afindi Lukman |
| Anak | 3 |
| Bidang pengkhususan | Penjawat awam |
Yang Berbahagia Dato' Sri Suriani binti Dato' Ahmad (lahir 25 Julai 1968) ialah seorang penjawat awam dalam Kerajaan Malaysia yang dilantik sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia (KPWKM), berkuat kuasa 3 November 2017. Perlantikan ini menjadikan beliau sebagai wanita termuda yang dilantik sebagai Ketua Setiausaha (KSU) dalam jabatan kerajaan. Suriani ialah KSU keempat dalam kalangan wanita dilantik bagi jawatan berkenaan.
Berkelulusan dalam Sarjana Muda Komunikasi (Kepujian) di Universiti Sains Malaysia (USM) dan Sarjana Strategi dan Diplomasi di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Suriani memulakan kerjaya profesionalnya di Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) di mana beliau bekerja sebagai Penyunting Eksekutif setelah menamatkan ijazah pada tahun 1993. Beliau pernah bertugas di Kementerian Pertahanan dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan mempunyai pengalaman luas dalam bidang sama. Beliau juga pernah menyandang beberapa jawatan penting termasuk sebagai Pengarah Dasar dan Rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA). Beliau pernah memegang jawatan Pengarah di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN).
Pada 1 Julai 2019 sehingga 3 November 2020, Suriani telah dilantik sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM).
Kini Dato' Suriani Ahmad merupakan Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan & Koperasi setelah dilantik dan berkuatkuasa 4 November 2020