Surah al-Baqarah

Al-Baqarah
البقرة
Surah 2 dalam al-Quran
Maklumat surah
Erti nama surahThe Heifer
Juz'1–3
Pembahagian
Pembahagian lain
Muqatta'at pembukaanAlif Lam Mim
Susunan dalam mashaf
Kedudukan2
 Al-Fatiha Al-Baqarah Al Imran 
Penurunan surah
PengelasanMedinan
Kandungan
Teks surahSura2.pdf
Terjemahan
sunting · sunting di Wikidata

Surah al-Baqarah (Arab: سورة البقرة‎ ​ "Lembu") merupakan surah kedua dan terpanjang yang mengandungi 286 ayat. Surah ini turun di Madinah yang sebahagian besar diturunkan pada permulaan tahun Hijrah, kecuali ayat 281 diturunkan di Mina pada haji widak (haji Nabi Muhammad SAW yang terakhir). Seluruh ayat dari surat ini merupakan ayat Madaniyyah yang di dalamnya juga mempunyai ayat yang terpanjang (ayat 282). Surat ini dinamai al-Baqarah kerana terdapat kisah di dalamnya yang berkaitan perbalahan kaum Bani Israil dengan Nabi Musa a.s. tentang penyembelihan lembu betina untuk mengetahui siapa yang kemudiannya menjelaskan sifat kaum Yahudi yang keras hatinya. Surah ini juga dinamakan Fusthaatul-Quran (puncak Al Quran) kerana memuatkan beberapa hukum yang tidak disebutkan dalam surah yang lain. Ia juga digelar juga surah alif lam mim kerana surah ini dimulai dengan Alif lam mim.