Sunil Chhetri

Sunil Chhetri
Maklumat peribadi
Nama penuh Sunil Chhetri
Tarikh lahir (1984-08-03) 3 Ogos 1984
Tempat lahir Secunderabad, Andhra Pradesh (Kini di bawah negeri Telangana), India
Ketinggian 1.70 m (5 ka 7 in)
Posisi permainan Penyerang
Maklumat kelab
Kelab terkini
Bengaluru
Nombor 11
Kerjaya remaja
2001–2002 City Club Delhi
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2002–2005 Mohun Bagan 18 (10)
2005–2008 JCT 48 (21)
2008–2009 East Bengal 17 (9)
2009–2010 Dempo 13 (8)
2010 Kansas City Wizards 1 (0)
2011 Chirag United 7 (7)
2011–2012 Mohun Bagan 14 (6)
2012–2013 Sporting CP B 3 (0)
2013 → Churchill Brothers (loan) 8 (4)
2013–2015 Bengaluru 43 (16)
Pasukan kebangsaan
2004 India Bawah-20 3 (2)
2004–2005 India bawah-23 6 (2)
2005– India 153 (95)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 16:30, 29 March 2025 (UTC)
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 14:42, 25 March 2025 (UTC)

Sunil Chhetri (lahir pada 3 Ogos 1984) ialah seorang pemain bola sepak profesional India yang bermain sebagai penyerang untuk kelab Liga Super India, Bengaluru, dan merupakan kapten pasukan kebangsaan India. Dia adalah penjaring terbanyak sepanjang masa dalam sejarah Liga Super India. Dia terkenal dengan permainan pautan, kebolehan menjaringkan gol, dan kepimpinan. Dia merupakan penjaring gol antarabangsa keempat terbanyak, serta pemain dengan penampilan terbanyak dan penjaring gol terbanyak sepanjang masa bagi pasukan kebangsaan India. Dia dikenali kerana keupayaannya dalam permainan berpasukan, kebolehan menjaringkan gol, dan kepimpinannya.Dia secara meluas dianggap sebagai pemain bola sepak India terhebat sepanjang zaman.

Chhetri membantu India memenangi Piala Nehru 2007, 2009 dan 2012, serta Kejohanan SAFF 2011, 2015, 2021 dan 2023 . Beliau juga membawa India kepada kemenangan dalam Piala Cabaran AFC 2008, yang melayakkan mereka ke Piala Asia AFC pertama mereka dalam tempoh 27 tahun, menjaringkan dua gol dalam kejohanan terakhir pada 2011 . Pada 2016 Chethri mengetuai Bengaluru FC meraih pingat perak dalam Piala AFC. Chhetri juga telah dinobatkan sebagai Pemain Terbaik AIFF dengan rekod tujuh kali pada 2007, 2011, 2013, 2014, 2017, 2018–19 dan 2021–22.

Jumlah golnya juga meletakkannya di tempat keempat dalam senarai sepanjang masa dalam kalangan penjaring gol antarabangsa, di belakang Cristiano Ronaldo, Lionel Messi dan Ali Daei