Sungai Plata

Sungai Plata
Río de la Plata
Foto Sungai Plata dari NASA melihat dari barat laut ke tenggara. Buenos Aires kelihatan di sebelah kanan berhampiran delta Sungai Paraná. Sedimen sungai menjadikan air laut berwarna coklat di sekitar Montevideo, kelihatan di pantai kiri.
Peta Lembangan Sungai Plata, menunjukkan Río de la Plata di muara sungai Paraná dan Uruguay, berhampiran Buenos Aires
EtimologiSepanyol "Sungai Perak"
Lokasi
NegaraArgentina dan Uruguay
Bandar raya
Ciri-ciri fizikal
SumberPertemuan Sungai Paraná and Sungai Uruguay
 • lokasiArgentina/Uruguay
 • koordinat34°0′5″S 58°23′37″W / 34.00139°S 58.39361°W / -34.00139; -58.39361
MuaraLautan Atlantik 
 • lokasi
Laut Argentina, Argentina
 • koordinat
35°40′S 55°47′W / 35.667°S 55.783°W / -35.667; -55.783
Panjang290 km (180 bt) 4,876 km (3,030 bt) including the Paraná
Saiz lembangan3,170,000 km2 (1,220,000 bt2) 3,182,064 km2 (1,228,602 bt2)
Aliran 
 • lokasiRío de la Plata, Lautan Atlantik
 • minimum12,000 m3/s (420,000 ka3/s)
 • purata(Period 1971-2010)

27,225 m3/s (961,400 ka3/s) 22,000 m3/s (780,000 ka3/s)

884 km3/a (28,000 m3/s)
 • maksimum50,000 m3/s (1,800,000 ka3/s)
Ciri-ciri lembangan
Anak sungai 
 • kiriSungai Uruguay, Sungai San Juan, Sungai Santa Lucía
 • kananSungai Paraná, Sungai Luján, Sungai Salado


Sungai Plata, Sungai la Plata, atau Río de la Plata (Sebutan Sepanyol: [ˈri.o ðe la ˈplata], terjemahan Bahasa Melayu: Sungai Perak) ialah sungai dan muara yang terbentuk oleh kuala bagi Sungai Uruguay dengan Sungai Paraná. Sungai ini mengalir ke dalam Lautan Atlantik sehingga membentuk lekukan berbentuk corong di garis pinggir laut tenggara bagi Amerika Selatan.

Panjang sungai ini ialah sekitar 290 kilometer (180 bt) dan lebar sungai berubah-ubah dari sekitar 2 kilometer (1.2 bt) di sumbernya hingga sekitar 220 kilometer (140 bt) di muaranya. Sungai Plata membentuk sebahagian sempadan antara Argentina dengan Uruguay, dengan pelabuhan-pelabuhan utama dan ibu-ibu kota Buenos Aires dan Montevideo di pesisiran barat dan di pesisiran utara, masing-masing. Pinggir-pinggir laut Sungai Plata merupakan kawasan paling berpopulasi padat di Argentina dan di Uruguay.