Sungai Ciliwung
| Sungai Ciliwung | |
|---|---|
| Lokasi | |
| Negara | Indonesia |
| Ciri-ciri fizikal | |
| Muara | Laut Jawa |
Sungai Ciliwung merupakan sebuah sungai di Pulau Jawa, Indonesia. Sungai yang bersumber di dataran tinggi Puncak, Jawa Barat ini mengalir melalui bandaraya-bandaraya Bogor, Depok, dan Jakarta, serta kemudian bermuara di Teluk Jakarta.
Panjang aliran utama sungai ini hampir 120 km, dengan wilayah yang dipengaruhi meliputi 387 kilometer persegi. Sungai ini menyeberangi banyak kampung, perumahan padat, dan kawasan slum, dan juga dianggap sungai yang paling parah menderita kerosakan berbanding dengan sungai-sungai lain yang mengalir di Jakarta.