Sumud Nusantara
| Kerangka | |
|---|---|
| Jenis/bentuk sah |
|
| Tujuan | Memecahkan sekatan Gaza, menyampaikan bantuan kemanusiaan |
| Keanggotaan | lihat #Penglibatan |
| Tapak web | www |
| Sejarah | |
| Dibentuk | 25 Julai 2025 |
| Gabungan | Flotila Sumud Global |
| Lokasi | |
| Ibu pejabat | Pusat Perintah Sumud Nusantara, Gedung Utama MAPIM, Sepang, Selangor, Malaysia |
| Lokasi | |
| sunting ยท sunting di Wikidata | |
Sumud Nusantara ialah sebuah gerakan kebersamaan serantau di Asia Tenggara dan Asia Selatan yang dibentuk pada 2025 bertanggungjawab mewakili rantau tersebut terhadap usaha konvoi Flotila Sumud Dunia. Konvoi tersebut menyertai misi bantuan kamanusiaan yang diterajui masyarakat awam melalui laut untuk melepasi sekatan Israel terhadap Genting Gaza. Ia dianggotai oleh pertubuhan masyarakat sivil dan gerakan anak muda dari lapan buah negara.
Sunday Nusantara digerakkan sebagai "suara rakyat biasa yang enggan terus menjadi penonton kepada ribuan penduduk Gaza tidak bersalah yang secara perlahan-lahan berdepan kematian akibat kelaparan berikutan sekatan bantuan dan sempadan ditutup".
Sumud Nusantara bersama-sama gerakan lain Global Movement to Gaza, Freedom Flotilla Coalition, dan Konvoi Sumud Maghreb membentuk jawatankuasa pemandu bagi Flotila Sumud Dunia. Sumud Nusantara digerakkan oleh pertubuhan masyarakat awam dan gerakan anak muda seperti MyAqsa Defenders dan Cinta Gaza Malaysia (CGM) dari Malaysia yang mengetuai rombongan serta disokong oleh Kumpulan Kerja Aqsa dan pertubuhan lain di Indonesia.
Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) turut mengaktifkan Pusat Perintah Sumud Nusantara di Gedung Utama MAPIM, Sepang yang berperanan sebagai sebuah pusat penyelarasan komunikasi bagi misi Flotila Sumud yang melibatkan pelbagai negara dan organisasi kemanusiaan serantau.