Sultanah Kedah
| Sultanah Kedah سلطانه قدح | |
|---|---|
Wilayah/Negeri | |
| Penjawat kini | |
| Fail:- | |
| Sultanah Maliha sejak 12 September 2017 | |
| pertabalan 22 Oktober 2018 | |
| Butiran | |
| Gelaran | Kebawah Duli Yang Maha Mulia |
| Pembentukan | 1943 |
| Persemayaman | Istana Anak Bukit, Alor Setar |
| Pelantik | Sultan Kedah |
Sultanah Kedah (Jawi: سلطانه قدح) merupakan gelaran rasmi bagi suri kepada Sultan Negeri Kedah Darul Aman. Gelaran ini diperkenalkan buat kali pertamanya pada tahun 1943 oleh Almarhum Sultan Badlishah ibni al-Marhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah.
Sama seperti mana-mana isteri pemimpin negara, Sultanah Kedah tidak mempunyai sebarang peranan atau tugasan rasmi dalam Undang-Undang Tubuh Negeri Kedah. Akan tetapi, baginda tetap akan mengiringi Sultan Kedah dalam tugasan luar atau lawatan-lawatan rasmi dan menjadi tuan rumah bagi kunjungan pemimpin-pemimpin luar berserta para isteri ke istana.