Sultan Muhammad Shah, Kedah

Sultan Muhammad Shah
Sultan Kedah
Sultan Kedah ke-3
Pemerintahan10 Mei 1202 – 23 Oktober 1237
Didahului olehSultan Mu'adzam Shah
Diikuti olehSultan Muzzil Shah
Kemangkatan23 Oktober 1237
Istana, Kota Bukit Meriam
Pemakaman24 Oktober 1237
Makam Diraja Kota Bukit Meriam, Kedah
Anakanda
KerabatMahawangsa
Kesultanan Kedah
AyahandaSultan Mu'adzam Shah
AgamaIslam

Sultan Muhammad Shah ibni Almarhum Sultan Mu'adzam Shah (mangkat pada 1237) ialah Sultan Kedah yang ke-3. Baginda merupakan putera kepada Sultan Mu'adzam Shah.

Pada 3 Mei 1202, baginda telah dimasyhurkan sebagai Sultan Kedah dan bersemayam di Kota Bukit Mariam.

Baginda telah memerintah Kedah dengan penuh adil dan memperkenal peraturan dalam negeri.

Baginda adalah Sultan Kedah yang pertama diketahui mewujudkan matawang negeri Kedah.

Buktinya telah dijumpai ratusan keping matawang perak di dalam sebuah botol tanah liat di Daerah Pulau Langkawi yang terukir dengan jelas Sultan Muhammad Shah, manakala disebelahnya pula terukir 'Al-Sultan Al-Adil' (Jawi: السلطان العادل).

Pada hari Isnin, 12 Januari 1237 bersamaan 13 Jamadilawal 634 Hijrah, baginda telah mangkat akibat kegeringan dan dimakamkan di Langgar, Kota Bukit Meriam.