Sultan Mansur Shah I
| Sultan Mansur Shah I | |||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| Sultan Perak ke-2 | |||||||||
| Sultan Perak | |||||||||
| Pemerintahan | 1549 – 1577 | ||||||||
| Kemahkotaan | 1550 | ||||||||
| Didahului oleh | Mudzaffar Shah I | ||||||||
| Diikuti oleh | Sultan Ahmad Tajuddin Shah II | ||||||||
| Raja Muda Perak ke-1 | |||||||||
| Pemerintahan | 1528 - 1549 | ||||||||
| Kemahkotaan | 1529 | ||||||||
| Didahului oleh | jawatan baru | ||||||||
| Diikuti oleh | Raja Ahmad Tajuddin Shah I ibni Sultan Mudzaffar Shah I | ||||||||
| Kemangkatan | 1577 | ||||||||
| Anakanda | 8 orang, 4 putera dan 4 puteri, antaranya | ||||||||
| |||||||||
| Kerabat | Perak dan Melaka | ||||||||
| Ayahanda | Mudzaffar Shah I | ||||||||
| Bonda | Tun Haji Terang binti Tun Haji Ali | ||||||||
| Agama | Islam | ||||||||
Sultan Mansur Shah I Ibni Sultan Mudzaffar Shah I (Jawi: سلطان منصور شاه ا ابن سلطان مظفر شاه ا; 1549 – 1577) ialah Sultan Perak ke-2.
Sultan Mansur Shah telah diputerakan di Bentan, Riau, iaitu pada zaman pemerintahan Sultan Melaka. Apabila Sultan Mudzaffar Shah I, mangkat pada tahun 1549 di Tanah Abang (Telok Bakong), Lambor Kanan, Daerah Perak Tengah, Baginda Sultan Mansur Shah dilantik menjadi Sultan Perak yang kedua. Baginda kemudian berpindah bersemayam di Kampung Kankong (Kota Lama Kanan), Kuala Kangsar, di tepi Sungai Perak.