Sultan Mansur, Kelantan

Sultan Mansur
Sultan Kelantan
Sultan Kelantan
Pemerintahan1891 - 1899
Kemahkotaan1892
Didahului olehSultan Muhammad III
Diikuti olehSultan Muhammad IV
WangsaWangsa Long Yunus
AyahandaLong Ahmad
AgamaIslam

Nama asal baginda ialah Long Mansor iaitu putera Long Ahmad dan merupakan adinda Long Kundor. Baginda menaiki takhta pada tahun 1891 dan memerintah sehingga tahun 1899.

Di antara pembesar-pembesar negeri yang berpengaruh semasa pemerintahan baginda adalah:-

  • Datuk Maha Menteri Saad bin Ngah (Che Ha')
  • Datuk Sri Paduka Nik Yusof bin Nik Abdul Majid (Nik Soh bin Nik Jid)
  • Tok Hakim Kelantan, Syed Muhammad bin Syed Alwi

Pembesar-pembesar ini dengan sokongan pengikut-pengikut mereka amat berpengaruh di dalam menentukan pewaris takhta. Keadaan ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati dikalangan kerabat diraja yang tidak terpilih untuk menaiki takhta dan juga tidak mendapat sebarang jawatan di dalam kerajaan.

Pada masa pemerintahan baginda, iaitu pada 1891, Dato' Bahaman telah melarikan diri ke Gua Musang (Ulu Kelantan).