Sultan Husin Kamaluddin

Husin Kamaluddin
Sultan Brunei
sultan Brunei
Pemerintahan1710-1730
1737-1740
Didahului olehSultan Nasruddin
Sultan Muhammad Alauddin
Diikuti olehSultan Muhammad Alauddin
Sultan Omar Ali Saifuddien I
Pemangku raja-
KeputeraanHusin Kamaluddin ibni Muhammad Abdul Aziz Ibni Pengiran Muda Bongsu ibni Muhammad Ali
-
Bandar Brunei, Brunei
Kemangkatan1780
Bandar Brunei, Brunei muara,Brunei
Pemakaman1780
Makam Di-Luba, Bandar Brunei, Brunei Darussalam
Anakanda Pengiran Digadong Abdul, Pengiran Tajuddin, Pengiran Paduka Tuan, Pengiran Kerma Indra, Pengiran Tuah (L), Pengiran Nelang, Pengiran Bendahara Untong (Dumpil, Meruntum), Pengiran Pemancha Badaruddin, Pengiran Kadir, Pengiran Apong, Pengiran Tuah (P), Raja Isteri Bulan, Raja Isteri Puteri Aishah, Pengiran Nur Alam, Raja Isteri Bongsu, Pengiran Seri Anum, Pengiran Seri Ratna, Pengiran Digadong Bukit Menumpang Hussin, Pengiran Hassan
AgamaIslam
Paparan amaran: Page using Template:Infobox royalty with unknown parameter "isteri"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox royalty with unknown parameter "ayahanda"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox royalty with unknown parameter "pasangan"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox royalty with unknown parameter "nama penuh"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox royalty with unknown parameter "nama Diraja"

Sultan Husin Kamaluddin Ibni Pangiran Raja Bendahara Muhammad Alam gelaran dari Muhammad Ustman Abdul Aziz Ibni Sultan Haji Muhammad Ali merupakan Sultan Brunei ke 16 dan 18 yang memerintah dari tahun 1710 - 1730 dan 1737 - 1740, baginda kembali memerintah.

Baginda anak dari Muhammad Ustman Abdul Aziz bergelar Pangiran Raja Bendahara Muhammad Alam adik dari Muhammad Ustman Abdul Makki bergelar Pengiran Jaafar Su'an. Ayahanda Baginda bernama Muhammad Ustman Abdul Aziz meninggal dunia karena diracun sebelum sempat ditabalkan menjadi Sultan Brunei menggantikan Sultan Muhyiddin. Baginda adalah cicit dari Sultan Haji Muhammad Ali (Sultan Brunei Ke 12) dengan Jolokan Marhum Tumbang Dirumput yang mangkat tahun 1661 karena dibunuh oleh Pangiran Bendahara Hakkul Mubin yang menjadi sebab terjadinya Perang Saudara antara Sultan Muhyiddin dengan Sultan Abdul Hakkul Mubin sekira tahun 1665 hingga 1673. Baginda mula memerintah pada tahun 1710 apabila Sultan Nasruddin lindung dan baginda turun takhta pada tahun 1730 untuk membenarkan anak saudaranya, Sultan Muhammad Alauddin menjadi Sultan ke-17. Namun Sultan Muhammad Alauddin lindung pada tahun 1737 dan paduka puteranya masih terlalu muda untuk menjadi Sultan. Sultan Husin Kamaluddin menjadi Sultan sekali hingga tahun 1740 apabila baginda turun takhta buat kali kedua untuk membenarkan putera muda itu menjadi Sultan, kini membesar menjadi Sultan Omar Ali Saifuddien I, Sultan ke-18. Baginda satu-satunya sultan yang turun takhta dua kali dan digelar Begawan Sultan dua kali.

Baginda masyhur dengan kewarakan, adil dan keramat. Pada zaman baginda, Negara makmur dan rezeki mudah diperolehi. Baginda pernah mengeluarkan mata wang 'pitis'.

Batu Tarsilah, senarai salasilah sultan Brunei di Makam Diraja telah ditulis atas titah baginda dan Sultan Nasruddin. Nama baginda hanya tercatat sebagai Sultan Kamaluddin di Salasilah Raja-Raja Brunei namun nama "Husin" dibuktikan melalui sumber Inggeris pada tahun 1783. Baginda dapat menukar buah ngirih kepada pitabu dan pernah mendapatkan air minum daripada lingkaran rotan yang diletakkan di laut. Dua kali baginda turun takhta. Oleh sebab baginda bersemayam di Luba, baginda terkenal dengan nama Marhum di Luba.

Baginda mangkat pada tahun 1780 Kira-Kira berumur seratus tahun lebih, dan diganti oleh Sultan Omar Ali Saifuddin I.