Sultan Ataullah Muhammad Shah II

Sultan Ataullah Muhammad Shah II
عطاء الله محمد شاه ٢
Sultan dan Yang di-Pertuan Negeri Kedah Darul Aman
Pemerintahan1688–1698
Didahului olehSultan Dhiauddin Mukarram Shah I
Diikuti olehSultan Abdullah Mu'adzam Shah
Kemangkatan17 November 1698
Istana Baginda, Kota Bukit Pinang
PemakamanMakam Diraja Kota Bukit Pinang
PasanganTunku Maheran
AnakandaSultan Abdullah Mu'adzam Shah
Tunku Ibrahim
Tunku Baharuddin
Tunku Latifa
Nama selepas mangkat
Al-Marhum Bukit Pinang al-Awwal
KerabatMahawangsa
Kesultanan Kedah
AyahandaSultan Dhiauddin Mukarram Shah I
BondaChe' Sepa Chendra
AgamaSunni Islam

Almarhum Sultan Ataullah Muhammad Shah II adalah Sultan Kedah ke-16. Baginda merupakan putera kepada Sultan Dhiauddin Mukarram Shah I dan Che’ Sepa Chendra. Pada 2 Mei 1688, baginda telah dimasyhurkan sebagai Sultan Kedah ke-16 dan bersemayam di Kota Bukit Pinang.

Baginda menyerahkan Kota Indera Kayangan kepada Dato' Andika Raja untuk menjagakannya. Baginda memerintahkan Dato’ Seri Maharaja Putera Dewa untuk melawat seluruh jajahan Kedah, mengambil tahu hal rakyat, memberi nasihat dalam hal pertanian dan pertukangan serta memberi idea bagi kerja mendatangkan keuntungan dalam negeri.

Pada 17 November 1698, baginda telah mangkat akibat kegeringan dan dimakamkan di Langgar Kota Bukit Pinang. Makamnya telah ditemui pada April 2017 bersama kerabat diraja lain oleh Persatuan Sejarah Malaysia.