Sukhoi Su-35

Sukhoi Su-35
Sebuah pesawat Su-35S dari Tentera Udara Rusia
Peranan Pesawat penguasaan udara
Pengeluar Komsomolsk-on-Amur Aircraft Production Association (KnAAPO) / Sukhoi
Penerbangan sulung Su-27M: 28 Jun 1988
Su-35S: 19 Februari 2008
Diperkenalkan 2014
Status Aktif
Pengguna utama Tentera Udara Rusia
Jumlah dibina Su-27M: 15 buah
Su-35S: 48 buah
Kos seunit AS$40 juta hingga $65 juta(anggr.)
Dibangunkan dari Sukhoi Su-27
Kelainan Sukhoi Su-35BM

Sukhoi Su-35 (Su-27M) (nama pengenalan NATO : Flanker-E) adalah pesawat satu tempat duduk generasi ke-4.5, kelas berat, jarak jauh, pelbagai peranan, pesawat penguasaan udara dan pesawat penyerang. Disebabkan persamaan ciri-ciri dan komponen-komponennya, pesawat Sukhoi Su-35 dianggap sebagai menyerupai pesawat Sukhoi Su-30MKI, versi yang istimewa bagi Sukhoi Su-35. Ia kemudian dibangunkan lebih lanjut yang menghasilkan pesawat Su-35BM. Hanya 5 buah pesawat Su-35 dioperasi oleh Tentera Udara Rusia.[1]