Sukan Komanwel 1994
| Bandar tuan rumah | Victoria, Kanada |
|---|---|
| Cogan kata | Catch The Spirit (Dapatkan semangat itu) |
| Penyertaan negara | 63 |
| Penyertaan atlet | 2,557 |
| Acara | 217 acara dalam 10 sukan |
| Upacara pembukaan | 18 Ogos 1994 |
| Upacara penutupan | 28 Ogos 1994 |
| Pembukaan dirasmikan oleh | Putera Edward |
| Penutupan dirasmikan oleh | Ratu Elizabeth II |
| Stadium utama | Stadium Centennial |
Sukan Komanwel 1994 (Perancis : XVéme Jeux du Commonwealth ) telah diadakan di Victoria, British Columbia, Kanada, dari 18 hingga 28 Ogos 1994. Sepuluh jenis sukan telah ditampilkan di temasya ini: olahraga, akuatik, badminton, tinju, lumba basikal, gimnastik, boling padang, menembak, angkat berat dan gusti .