Sukan Empayar British dan Komanwel 1966
| Bandar tuan rumah | Kingston, Jamaica |
|---|---|
| Penyertaan negara | 34 |
| Penyertaan atlet | 1,316 |
| Sukan | 10 |
| Acara | 110 |
| Upacara pembukaan | 4 Ogos 1966 |
| Upacara penutupan | 13 Ogos 1966 |
| Pembukaan dirasmikan oleh | Putera Philip, Duke Edinburgh |
| Stadium utama | Independence Park |
Sukan Empayar British dan Komanwel 1966 telah diadakan di Kingston, Jamaica, pada 4 hingga 13 Ogos 1966. Ini merupakan kali pertama temasya itu diadakan di luar kawasan yang dipanggil White Dominions . Temasya ini diikuti dengan Sukan Paraplegik Komanwel 1966 untuk atlet kerusi roda. Jamaica kekal sebagai satu-satunya negara tuan rumah Sukan Komanwel yang tidak memenangi sekurang-kurangnya satu pingat emas dalam temasyanya sendiri.