Sukan Dunia 2022

Sukan Dunia XI
Bandar tuan rumahBirmingham, Alabama, Amerika Syarikat
Penyertaan negara110
Penyertaan atlet3,600
Acara206 + 17 jemputan
Upacara pembukaan7 Julai 2022
Upacara penutupan17 Julai 2022
Pembukaan dirasmikan olehRandall Woodfin
Datuk Bandar Birmingham
Stadium utamaStadium Protective
Laman sesawangtwg2022.com

Sukan Dunia 2022 (bahasa Inggeris: The World Games 2022) iaitu Sukan Dunia ke-11 ialah acara pelbagai sukan antarabangsa, bertujuan untuk sukan, atau disiplin atau acara dalam sukan, yang tidak dipertandingkan dalam Sukan Olimpik. Walaupun pada awalnya dijadualkan pada Julai 2021, Sukan Dunia 2022 telah diadakan pada 7 hingga 17 Julai 2022 di Birmingham, Alabama, Amerika Syarikat, kerana penjadualan semula Sukan Olimpik Tokyo 2020. Bandar tuan rumah dipilih oleh Persatuan Sukan Dunia Antarabangsa pada 22 Januari 2015, dan Sukan ini telah menampilkan 30 sukan rasmi dalam 54 disiplin yang dipertandingkan di 30 tempat di seluruh daerah Birmingham.

Sebahagian daripada hasil tiket telah didermakan kepada Ukraine untuk membina semula venue sukan selepas pencerobohan Rusia ke atas Ukraine 2022. Sejumlah $54,000 telah didermakan kepada Ukraine.