Sukan Belia Asia

Sukan Belia Asia
SingkatanAYG
Edisi pertamaSukan Belia Asia 2009 di Singapura
Diadakan pada setiap4 tahun
Edisi terakhirSukan Belia Asia 2013 di Nanjing, China

Sukan Belia Asia atau Sukan Remaja Asia (bahasa Inggeris: Asian Youth Games), juga dikenali sebagai AYG, merupakan sebuah acara beraneka sukan yang diadakan setiap empat tahun di kalangan atlet dari seluruh Asia. Ia dianjurkan oleh Majlis Olimpik Asia (OCA). Temasya sukan tersebut disifatkan sebagai acara beraneka sukan kedua terbesar selepas Sukan Asia.

Penciptaan AYG adalah sebahagian daripada usaha Singapura untuk menjadi tuan rumah Sukan Olimpik Belia Musim Panas 2010. Ia bertujuan untuk menunjukkan keupayaan dan infrastruktur organisasi Singapura.

Dalam sejarahnya, dua negara pernah menganjurkan Sukan Belia Asia. Empat puluh lima negara pernah menyertai temasya Sukan tersebut.

Sukan Belia Asia yang terakhir telah diadakan di Nanjing, China dari 16 hingga 24 Ogos 2013 dan temasya sukan seterusnya akan diadakan di Tashkent, Uzbekistan pada 2025.