Sukan Asia Tenggara 2021

Sukan Asia Tenggara XXXI
Bandar tuan rumahHanoi, Vietnam
Cogan kataFor a Stronger Southeast Asia (Melayu: Untuk Asia Tenggara yang Lebih Kuat)
Penyertaan negara11
Penyertaan atlet5,467
Acara526 dalam 40 sukan
Upacara pembukaan12 Mei 2022
Upacara penutupan23 Mei 2022
Pembukaan dirasmikan olehNguyễn Xuân Phúc
Presiden Vietnam
Penutupan dirasmikan olehPhạm Minh Chính
Perdana Menteri Vietnam
Pembaca ikrar atletVũ Thành An
Pembaca ikrar juriPhan Thị Ngọc Linh
Stadium utamaStadium Nasional Mỹ Đình
(pembukaan)
Gimnasium Permainan Dalaman Hanoi
(penutupan)
Laman sesawangLaman web rasmi
Paparan amaran: Halaman menggunakan Templat:Infobox games dengan parameter tidak diketahui "Torch lighter"


Sukan Asia Tenggara 2021, secara rasmi dikenali sebagai Sukan Asia Tenggara ke-31 atau Sukan SEA ke-31 dan juga dikenali sebagai Vietnam 2021, adalah acara pelbagai sukan serantau dwitahunan yang diadakan dari 12 hingga 23 Mei 2022 di Hanoi, Vietnam. Pada asalnya dijadualkan berlangsung dari 21 November hingga 2 Disember 2021, ia telah dijadualkan semula akibat daripada pandemik COVID-19 di Vietnam. Pertandingan ini menampilkan 40 sukan, terutamanya yang dimainkan di Sukan Olimpik. Ini adalah kali kedua Vietnam menjadi tuan rumah Sukan Asia Tenggara, setelah sebelum ini menjadi tuan rumah edisi 2003.