Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia
سوروهنجاي حق اساسي مأنسي مليسيا
Intisari institusi Hak Asasi Manusia Kebangsaan
JenisInstitusi Hak Asasi Manusia Kebangsaan
Ibu pejabatTingkat 11, Menara TH Perdana, Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur
MotoHak Asasi untuk Semua
Kakitangan93
Belanjawan tahunanMYR 14,754,500 (2025)
Eksekutif institusi Hak Asasi Manusia Kebangsaan
  • Dato' Seri Mohd Hishamudin Md Yunus, Pengerusi
  • Dr. Farah Nini Dusuki, Ketua Pesuruhjaya Kanak-kanak
Agensi induk
Jabatan Perdana Menteri
Dokumen penting
  • Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999
Laman sesawang
www.suhakam.org.my

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Tulisan Jawi: سوروهنجاي حق اساسي مأنسي مليسيا; singkatan SUHAKAM) ialah sebuah institusi hak asasi manusia negara Kebangsaan. Ia ditubuhkan oleh Parlimen Malaysia di bawah Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999 (Akta 597) yang telah diwartakan pada 9 September 1999 dan mula beroperasi pada April 2000 .

SUHAKAM telah memulakan operasi di sebuah kabin di Kementerian Luar Negeri (Wisma Putra) sebelum berpindah ke premisnya sendiri di Menara Tun Razak di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur pada 24 November 2000. Pada Januari 2011, SUHAKAM telah berpindah ke premis baharu iaitu di Menara TH Perdana di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur.

Pejabat Pesuruhjaya Kanak-Kanak telah ditubuhkan di dalam SUHAKAM, di bawah Akta yang sama sejak 23 Ogos 2019. Pesuruhjaya Kanak-kanak memberi tumpuan kepada promosi dan perlindungan hak kanak-kanak termasuk hak kanak-kanak orang asli, pendatang, pelarian, tanpa izin, tanpa kerakyatan dan kanak-kanak kurang upaya, yang semuanya disokong oleh Konvensyen Hak Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.