Suhail Shaheen


Suhail Shaheen
Shaheen pada 2019
Kelahiran
Muhammad Suhail Shaheen

Wilayah Paktia, Afghanistan
Pusat pendidikanUniversiti Islam Antarabangsa Islamabad
Universiti Kabul
Parti politik Taliban

Muhammad Suhail Shaheen (Pashto/Dari : محمد سهیل شاهین) ialah seorang anggota Taliban yang kini berkhidmat sebagai jurucakap rasmi Emiriah Islam Afghanistan di pejabat mereka di Qatar. Beliau menjadi penyunting akhbar Afghanistan milik negara berbahasa Inggeris The Kabul Times semasa pemerintahan Emiriah Islam Afghanistan yang pertama (1996–2001), sebelum dilantik sebagai timbalan duta di Kedutaan Afghanistan di Pakistan.

Pada 20 September 2021, kerajaan Emiriah Islam Afghanistan pimpinan Taliban mencalonkannya menjadi utusan rasmi Afghanistan ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Namun, Ghulam Isaczai, duta kerajaan Republik Islam Afghanistan yang kini digulingkan, akan dikekalkan kerusinya sebagai wakil rasmi Afghanistan ke PBB, melainkan Jawatankuasa Tauliah PBB menerima pelantikan Shaheen.