Tekanan (biologi)

Tekanan (atau stres) baik secara fisiologi, biologi, atau psikologinya adalah tindak balas dalam sesebuah organisma terhadap benda penekan seperti keadaan persekitaran berupa ancaman, cabaran atau halangan fizikal dan psikologi. Rangsangan yang mengubah persekitaran organisma dirasai pelbagai sistem dalam badan. Pada manusia dan kebanyakan mamalia, sistem saraf autonomi dan paksi hipotalamus-pituitari-adrenal (HPA) adalah dua sistem utama yang bertindak balas terhadap tekanan sebegini.

Mekanisme-mekanisme stres ini dapat menjejaskan fungsi ingatan, ganjaran, fungsi imun, metabolisme dan tahap kerentanan diri terhadap penyakit. Hubungan dengan penyakit mental, di mana stres kronik atau teruk tetap menjadi faktor risiko biasa bagi beberapa penyakit mental.