Strelitzia
| Strelitzia | |
|---|---|
| Pengelasan saintifik | |
| Domain: | Eukaryota |
| Alam: | Plantae |
| Klad: | Trakeofit |
| Klad: | Monokot |
| Klad: | Komelinid |
| Order: | Zingiberales |
| Keluarga: | Strelitziaceae |
| Genus: | Strelitzia Banks |
| Spesies jenis | |
| Strelitzia reginae | |
| Spesies | |
Strelitzia ialah genus lima spesies pokok berbunga yang berasal dari Afrika Selatan. Ia tergolong dalam keluarga tumbuhan Strelitziaceae. Nama umum genus ini ialah bunga cenderawasih, lantaran kemiripan bunganya dengan burung cenderawasih. Ia turut dikenali sebagai bunga bangau.
Dua spesiesnya, iaitu S. nicolai dan S. reginae, sering ditanam sebagai pokok hiasan. Ia lambang bunga rasmi Bandar Los Angeles dan turut terpapar di belakang syiling 50 sen Afrika Selatan.